Wednesday 5 October 2011

PENYAKIT MARAH, HASAD DENGKI DAN SAKIT HATI



bismillahirrahmanirrahim.....

 segala puji selayaknya bagi Allah swt tuhan sekalian alam, yang mencipta segala yang wujud dan
 Dialah yang menghidup dan yang mematikan. selawat dan salam ke atas junjungan kita
 Rasulullah saw yang mulia serta seluruh keluarga, para sahabat dan seluruh
 pengikut baginda saw hingga ke hari akhirat....


PENGERTIAN MARAH, SAKIT HATI DAN HASAD DENGKI

Marah (غضب) iaitu ibarat sesuatu yang tersembunyi di dalam hati seperti bara api yang dianggap di dalam abu atau di dalam sekam disebabkan mendengar sesuatu yang tidak disukai oleh nafsunya ataupun disebabkan melihat perbuatan yang tidak disukai olehnya. Apabila seseorang itu marah yang membuatkan panas keseluruhan tubuhnya dan merah mukanya ia adalah api yang di dalam hatinya itu asal daripada api yang dijadikan Allah S.W.T daripada api neraka. Marah juga antara salah satu daripada maksiat yang batin.

Hasad (حسد) iaitu dengki akan sesuatu perkara terhadap seseorang yang tidak disukai
olehnya. Hasad terjadi apabila seseorang itu menaruh perasaan benci dan dendam terhadap musuhnya.


Huqdu (حقد) iaitu sakit hati akan seseorang yang disebabkan oleh marah dan hasad.
Kesemua iaitu marah, hasad dan sakit hati ini tergolong dalam maksiat batin yang membawa
kepada kecelaan dalam hati.





PERKARA YANG MENYATAKAN KECELAAN KEPADA SIFAT MARAH

Antara sabda Nabi Muhammad S.A.W yang menyatakan kecelaan pada sifat marah :

(  يفسد الصبر العسلالغضب)
Bermula marah itu iaitu membinasakan jadam akan air madu.

(ماغضب أحد الا أشفي على جهنم (
Tiada marah seseorang itu melainkan dia hampir  atas api neraka jahanam.

(ما تعدون الصرعة فيكم قلنا الذى لا تصرعة الرجال قال ليس ذلك ولكن الذى يملك نفسه عند الغضب )

Apa yang kamu anggap dalam kalangan kamu itu orang yang paling berani? Maka mereka menjawab, orang yang sangat berani itu ialah orang yang tidak dapat dikalahkan oleh lelaki-lelaki yang lain. Maka Rasullah S.A.W menjawab, bukan orang yang sedemikian tetapi orang itu ialah orang yang memiliki akan terhadap dirinya ketika dia marah dia dapat menahan marahnya itu pada waktu itu.